PETALING JAYA – Penerbit dan pelakon Datuk A. Aida reda apabila filem terbitannya, Bisikan Nafsu yang sedang ditayangkan ketika ini dikatakan gagal menarik penonton ke pawagam.

Meski begitu, A. Aida atau nama lengkapnya, Zaidah Awang, berkata, kegagalan tersebut bagaimanapun terbayar apabila runut bunyi filem tersebut nyanyian anaknya yang juga pelakon, pengacara, Azeva diterima ramai.

“Filem Bisikan Nafsu tidak berjaya menarik penonton tetapi saya reda sahaja. Allah SWT belum nak bagi rezeki.

“Tapi alhamdulillah, lagu tema Tanpa Rasa Jemu mendapat sambutan,” katanya dalam satu hantaran Threads.