Kuala Lumpur: Penerbit dan pelakon Datuk A Aida berlapang dada apabila filem sulung terbitannya, Bisikan Nafsu kurang mendapat sambutan daripada penonton di pawagam.
A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 56, menganggap perkara itu sebagai tiada rezeki untuk dirinya buat masa ini.
"Filem Bisikan Nafsu tidak berjaya menarik penonton, tapi saya redha aje... Allah belum nak bagi rezeki," tulisnya menerusi hantarannya di Threads, semalam.
A Aida turut menyifatkan pembikinan sesebuah filem memerlukan keberanian untuk mengambil risiko serta menuntut sikap tidak menaruh harapan tinggi.









