KUALA LUMPUR – Pemandu kereta BYD yang terlibat kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun tiba di Mahkamah Majistret di sini.
Lelaki berusia 20-an tiba pada pukul 8.59 pagi dengan diiringi anggota polis trafik selepas ditahan pukul 11.30 pagi semalam.
Hari ini, pemandu itu akan berdepan dengan tiga pertuduhan melibatkan Seksyen 41(1), Seksyen 42(2) dan Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis sedang melengkapkan siasatan kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching Sabtu lalu, yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.






