KUALA LUMPUR: Pemandu BYD Seal berusia 24 tahun yang terbabit dalam nahas membabitkan enam kenderaan sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Kuching, Sabtu lalu, dibawa ke kompleks mahkamah hari ini untuk menghadapi tiga pertuduhan.
Lelaki itu yang memakai baju hijau dan bergari diiringi polis trafik ke Mahkamah Majistret.
@bharianmy Pemandu BYD Seal berusia 24 tahun yang terbabit dalam nahas membabitkan enam kenderaan sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Kuching, Sabtu lalu, dibawa ke kompleks mahkamah hari ini untuk menghadapi tiga pertuduhan. #beritaditiktok
Dia ditahan semalam selepas dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta, tempat dia menerima rawatan akibat gegaran otak susulan nahas berkenaan.









