PETALING JAYA - Malaysia berisiko menanggung kerugian antara RM20 juta hingga RM50 juta sehari sekiranya jerebu berpanjangan akibat peningkatan kos kesihatan, gangguan aktiviti ekonomi dan kemerosotan produktiviti pekerja.Anggaran yang boleh mencecah RM600 juta hingga RM1.5 bilion sebulan itu dikemukakan Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Yeah Kim Leng, menurut laporan The Star.Beliau berkata, pelancongan dan penerbangan antara sektor paling terjejas apabila pencemaran udara boleh mengurangkan ketibaan pelancong sehingga lapan peratus, selain mengganggu pertanian, pengangkutan dan pembinaan.Kim Leng turut merujuk episod jerebu 2013 yang dianggarkan menyebabkan kerugian RM1.57 bilion, termasuk kos penjagaan kesihatan dan kehilangan pendapatan.Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat, anggaran kerugian harian itu munasabah sebagai petunjuk awal, tetapi bukan jumlah sebenar yang telah disahkan."Sekiranya jerebu berlarutan selama sebulan dan kerugian harian benar-benar berada dalam julat RM20 juta hingga RM50 juta, jumlah kerugian indicator boleh mencecah RM600 juta hingga RM1.5 bilion," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, jumlah sebenar bergantung pada tempoh jerebu, tahap pencemaran, kawasan terjejas dan keupayaan perniagaan menyesuaikan operasi.Katanya, penilaian lebih tepat memerlukan data kesihatan, tenaga kerja, pelancongan, pengangkutan dan pertanian supaya kerugian sama tidak dihitung berulang kali."Malaysia pernah mengalami kerugian RM801.9 juta sepanjang episod jerebu Ogos hingga Oktober 1997, termasuk kehilangan produktiviti ketika darurat di Sarawak dan kemerosotan ketibaan pelancong."Jika angka RM802 juta pada 1997 diselaraskan menggunakan Indeks Harga Pengguna Malaysia, nilainya bersamaan kira-kira RM1.47 bilion berdasarkan perbandingan indeks tahunan 1997 dengan 2025," katanya.Barjoyai menegaskan, negara tidak boleh hanya berharap kepada perubahan angin, sebaliknya perlu memperkukuh pengesanan awal, pencegahan kebakaran dan kerjasama penguatkuasaan dengan Indonesia serta ASEAN."Pengalaman jerebu 1997 dan episod selepasnya menunjukkan bahawa Malaysia tidak seharusnya bergantung semata-mata pada langkah kecemasan apabila kualiti udara sudah mencapai tahap berbahaya," ujarnya.Kos tersembunyiSementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Hafiz Jaafar berkata, kajiannya di Selangor mendapati peningkatan kunjungan ke hospital dan klinik ketika musim jerebu menyebabkan kos tambahan kira-kira RM14.6 juta bagi tempoh 2012 hingga 2015.Menurutnya, kos penyakit akibat jerebu di peringkat nasional dianggarkan meningkat daripada RM21 juta pada 1997 kepada RM410 juta pada 2013."Jerebu turut menjejaskan jantung dan saluran darah yang belum dikira sepenuhnya," katanya.Beliau menjelaskan, kerugian turut meningkat apabila cuti sakit, kehilangan pendapatan, ketidakhadiran murid ke sekolah serta pekerja yang hadir tet
Jerebu boleh rugikan Malaysia RM50 juta sehari

Key takeaways
Jerebu boleh menyebabkan kerugian RM20 juta hingga RM50 juta sehari kepada Malaysia.
- Kerugian melibatkan kos kesihatan, gangguan ekonomi dan produktiviti pekerja.
- Sektor pelancongan dan penerbangan paling terjejas oleh pencemaran udara.
- Jumlah sebenar kerugian bergantung pada tempoh dan tahap jerebu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Jersi 'Last Dance' Jordan terjual RM50.12 juta
- Free Malaysia Today Ada PMKS pendapatan bawah RM50 juta naik gaji minimum RM2,000, kata persatuan
- Sinar Harian Jerebu boleh rugikan Malaysia RM50 juta sehari (this story)







