BATU PAHAT - Pelajar lelaki Tingkatan Empat akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas tuduhan membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng awal bulan lalu.Menurut sistem e-Kehakiman, pelajar lelaki berusia 16 tahun yang juga rakan sekelas Irene Sofiya itu dijadualkan didakwa di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno pada jam 9 pagi.Suspek bakal berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Difahamkan, arahan pertuduhan dibuat selepas kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang pada 3 Oktober lalu, Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada badan dipercayai akibat dipukul menggunakan objek keras.Irene Sofiya yang juga anak tunggal didapati tidak pulang ke rumah selepas kelas tambahan berakhir. Rakannya menemukan motosikal ditunggang Irene Sofiya di dalam sekolah.Rakannya kemudian ke rumah datuk dan nenek Irene Sofiya di Kampung Parit Selamat, sebelum neneknya, Jameyah Rabani, 65, dan ibu saudaranya, Siti Nur Faeza Khyar, 45, serta rakan ke sekolah untuk mencarinya dan menemukan remaja itu dalam keadaan parah di dewan sekolah.Susulan kejadian itu, polis menahan pelajar lelaki yang juga rakan sekelas Fiya bagi membantu siasatan. Suspek direman sejak 4 Oktober lalu dan tempoh remannya dijadualkan berakhir hari ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar mendedahkan kecederaan trauma akibat objek tumpul di bahagian kepala disahkan sebagai punca kematian tragis Irene Sofiya.
Kes bunuh Irene Sofiya: Rakan sekelas akan didakwa pagi ini

Key takeaways
Seorang pelajar lelaki akan didakwa atas tuduhan membunuh Irene Sofiya di sekolah pada 3 Oktober lalu.
- Pelajar lelaki berusia 16 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret pada Khamis.
- Irene Sofiya ditemukan dalam keadaan parah di dewan sekolah selepas kejadian pada 3 Oktober.
- Suspek ditahan sejak 4 Oktober dan tempoh remannya akan berakhir hari ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Kes bunuh Irene Sofiya: Rakan sekelas didakwa pagi ini
- Sinar Harian Kes bunuh Irene Sofiya: Rakan sekelas akan didakwa pagi ini (this story)







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F12%2F292b64f409ad7259a6f9549286058931.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
