SHAH ALAM - Seorang ibu tidak lagi mampu mendukung anak, seorang pekerja sukar menguruskan diri sendiri manakala seorang lelaki berusia 59 tahun terpaksa melakukan kerja lebih ringan akibat kecederaan.Semuanya bermula dengan kemalangan ketika menjalani rutin biasa di luar waktu bekerja, daripada berjoging, membasuh pinggan, mengambil anak di sekolah hingga menunggang motosikal.Ada yang terpaksa menjalani pembedahan, mengambil cuti sakit sehingga 54 hari, kehilangan sebahagian pendapatan dan bergantung kepada bantuan keluarga untuk meneruskan kehidupan.Bagi enam pekerja yang berkongsi pengalaman dengan Sinar Harian, kesan kemalangan bukan sekadar kesakitan fizikal, malah turut mengubah rutin harian serta kedudukan kewangan masing-masing.Namun, ketika berdepan keadaan sukar itu, Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjadi antara sumber bantuan yang meringankan beban mereka.Skim tersebut diperkenalkan pada 1 Jun 2026 bagi menyediakan perlindungan kepada pekerja layak terhadap kemalangan bukan berkaitan pekerjaan termasuk ketika berada di luar waktu bekerja.KISAH 1Anak tidak lagi minta didukungBagi Amira Khalisha Arshad, 28, kecederaan ketika berjoging di belakang rumah pada 13 Julai lalu bukan sahaja menyebabkan buku lali kirinya patah, malah mengubah kehidupan seluruh keluarga.Pembantu Pengurusan Murid di Sekolah Kebangsaan Seri Sedorok itu terpaksa cuti sakit selama 54 hari selepas doktor mengesahkan kecederaan berkenaan.Sepanjang tempoh tersebut, rutin yang sebelum ini dianggap mudah seperti memasak, mandi dan menguruskan anak bertukar menjadi cabaran kerana pergerakannya terbatas.Malah, Amira Khalisha terpaksa tinggal sementara di rumah ibu bapanya kerana keadaan kediaman sendiri dua tingkat yang menyukarkan pergerakan ketika kakinya bersimen.Menurutnya, ibu bapa banyak membantu menyediakan makanan, manakala suami mengambil alih sebahagian tanggungjawab menguruskan anak.Namun, perubahan yang paling menyentuh hati ialah sikap anak yang mula memahami keadaan ibunya.Jika sebelum ini anak sering meminta didukung, permintaan itu tidak lagi kedengaran apabila melihat kaki Amira Khalisha berbalut."Anak saya faham sebab dia nampak kaki mak dia sakit, jadi dia tak minta dukung."Kalau selalu dia minta dukung, sekarang bila nampak kaki saya berbalut, dia minta bapanya yang dukung," katanya.Selain kesukaran menguruskan keluarga, Amira Khalisha turut berdepan kekangan kewangan apabila dimaklumkan sebahagian tempoh cuti sakitnya dikategorikan sebagai cuti tanpa gaji.Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia perlu membayar balik gaji melebihi RM2,000, walaupun pada peringkat awal dimaklumkan kelayakan cuti bergaji.Amira berkata, manfaat LINDUNG 24 Jam sekitar RM1,200 diterimanya membantu menampung perbelanjaan termasuk pembelian simen gentian, susu dan suplemen."Bila dapat bantuan ini, dapatlah kurangkan sedikit beban untuk bayar balik gaji. Saya bayar secara ansuran mengikut kemampuan," ujarnya.K