KETAJAMAN Erling Haaland gagal menyelamatkan Manchester City daripada kekalahan 2-4 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, awal pagi Khamis.Dua jaringan penyerang Norway itu pada babak kedua tidak mampu menampung kelemahan benteng The Citizens yang membenarkan pelawat menguasai permainan dan meledak tiga gol sebelum rehat.PSG membuka jaringan menerusi Désiré Doué pada minit ke-13 sebelum Ousmane Dembélé menggandakan kelebihan dua minit kemudian.Vitinha menambah derita tuan rumah menerusi gol ketiga pada minit ke-32, sekali gus meletakkan City dalam kedudukan sukar untuk bangkit.Haaland menghidupkan harapan City apabila merapatkan jurang pada minit ke-53, namun Maghnes Akliouche kembali melebarkan kelebihan PSG pada minit ke-62.Penyerang berusia 26 tahun itu sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-75, tetapi City gagal menghasilkan jaringan tambahan untuk mengubah keputusan perlawanan.Kelemahan ketika mengawal pergerakan lawan dan menghadapi serangan pantas PSG menjadi masalah utama buat skuad kendalian Enzo Maresca, terutama pada babak pertama ketika mereka gagal menyekat asakan pasukan pelawat.Walaupun City menunjukkan reaksi lebih baik selepas rehat, jurang tiga gol yang dibina PSG pada separuh masa pertama terbukti terlalu besar untuk dipadamkan.Keputusan itu menyaksikan City terpaksa menilai semula ketahanan benteng pertahanan mereka, sedangkan kemampuan Haaland menyudahkan peluang terus menjadi sandaran utama pasukan dalam memburu jaringan.Bagi PSG, kemenangan di gelanggang lawan itu mengukuhkan kedudukan mereka dalam persaingan fasa liga, manakala City perlu segera memperbaiki kelemahan pertahanan bagi mengelakkan kehilangan mata dalam aksi seterusnya.
Haaland padu tapi benteng City rapuh

Key takeaways
Erling Haaland gagal menyelamatkan Manchester City daripada kekalahan 2-4 kepada PSG kerana kelemahan pertahanan City.
- Haaland menjaringkan dua gol tetapi tidak cukup untuk menyelamatkan kalah City.
- PSG menguasai permainan dan menjaringkan tiga gol sebelum rehat.
- Kekurangan dalam mengawal pergerakan dan serangan pantas menjadi masalah utama City.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AFDAH MUJAP
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Haaland gesa Man City kekal bersatu
- Harian Metro Haaland tetap setia bersama City tempuh saat sukar
- Berita Harian Penyokong City di Abu Dhabi mungkin jadi jiran Haaland
- Harian Metro Haaland laung semangat, City terus bersatu
- Berita Harian Man City akan terus bersatu - Haaland
- Sinar Harian Haaland padu tapi benteng City rapuh (this story)








