Kuala Lumpur: Tinjauan di beberapa sekolah sekitar ibu kota mendapati hanya sebahagian murid dan pelajar dilihat memakai pelitup muka berikutan keadaan jerebu dan kualiti udara yang semakin merosot.
Walaupun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan peningkatan di beberapa kawasan, masih ramai murid yang hadir ke sekolah tanpa sebarang perlindungan pernafasan, manakala sebahagian lagi kekal berwaspada dengan memakai pelitup muka secara konsisten.
Pihak sekolah dilihat terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan memantau keadaan fizikal murid di pintu masuk, selain mengurangkan aktiviti fizikal di luar bilik darjah bagi mengelakkan pendedahan berlebihan kepada udara tidak sihat.
Isu kualiti udara ini bagaimanapun meletakkan ibu bapa dalam dilema yang sukar memandangkan musim peperiksaan dijadualkan bermula pada minggu hadapan.









