Itu gambaran kisah wanita berusia 96 tahun yang mencipta rekod perkahwinan luar biasa apabila mendirikan rumah tangga dengan jejaka berusia 18 tahun yang hampir 80 tahun lebih muda daripadanya.
Perkahwinan pasangan yang tidak didedahkan identiti itu dipercayai mencatatkan jurang usia paling besar di Mexico iaitu 78 tahun.
Menurut laporan Daily Star, majlis perkahwinan berkenaan berlangsung di Quintana Roo, sebuah negeri di Semenanjung Yucatán, tenggara Mexico yang turut menempatkan destinasi pelancongan popular, Cancún.
Perkahwinan itu didedahkan Statistik Perkahwinan (EMAT) yang dikeluarkan Institut Statistik dan Geografi Kebangsaan (INEGI), namun maklumat lanjut mengenai pasangan terbabit tidak diperoleh berikutan rekod rasmi yang terhad.









