SINGAPURA: Bahagian barat Singapura terus merekodkan bacaan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) pada tahap sangat tidak sihat akibat jerebu.
Sementara itu kadar zarah terampai mencatat bacaan PM2.5 setiap jam, turut menunjukkan peningkatan ketara di seluruh negara itu.
Semalam, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan Singapura mula mengagihkan pelitup muka susulan keadaan jerebu yang semakin buruk.
NEA berkata, pengagihan pelitup muka dimulakan selepas paras PM2.5 mencapai tahap sangat tinggi, selain mengambil kira kemungkinan bacaan PSI 24 jam memasuki kategori sangat tidak sihat, iaitu melebihi 200.








