BATU PAHAT: Keluarga pelajar lelaki Tingkatan Empat yang didakwa membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyamar sebagai ahli keluarga dengan memuat naik hantaran atau video di media sosial.
Peguam tertuduh, Mohd Azlan Shah Mohd Allias, berkata keluarga anak guamnya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau memuat naik hantaran berhubung kes berkenaan di media sosial.
"Seperti yang saya maklumkan, apa-apa hantaran berunsur tidak benar itu bukan daripada pihak keluarga. Mereka tidak membuat sebarang kenyataan di media sosial atau mana-mana platform.
"Jadi, kita akan mengambil tindakan dan membuat laporan polis untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dalam masa terdekat.








