Batu Pahat: Pelajar Tingkatan Empat dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, awal bulan ini.
Tertuduh yang berusia 16 tahun yang juga rakan sekelas Irene Sofiya hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.









