Presiden Perdasama, Azamanizam Baharon berkata persatuan sambut baik keputusan mengecualikan PMKS dengan nilai jualan tahunan di bawah RM50 juta daripada pelaksanaan kadar gaji minimum RM2,000. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) berkata ada dalam kalangan ahlinya akan menaikkan gaji minimum pekerja mereka kepada RM2,000 sebulan seperti diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2027.
Presiden Perdasama, Azamanizam Baharon, berkata mereka menyatakan secara sukarela akan menaikkan gaji minimum itu walaupun syarikat bukan kategori pendapatan melebihi RM50 juta setahun.
Azamanizam Baharon.Katanya, persatuan menyambut baik keputusan kerajaan untuk mengecualikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan nilai jualan tahunan di bawah RM50 juta daripada pelaksanaan kadar gaji minimum RM2,000.






