KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark selepas menewaskan rakan senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, awal pagi tadi.
Pasangan nombor enam dunia itu hanya mengambil masa 27 minit untuk mencatat kemenangan 21-14, 21-11 dalam aksi pusingan pertama di Arena SJF Bank.
Juara Terbuka Indonesia itu bakal berdepan satu lagi beregu profesional negara, Chia Wei Jie-Teo Ee Yi, bagi merebut tiket ke suku akhir.
Wei Jie-Ee Yi mengesahkan kemaraan selepas menundukkan gandingan Taiwan, Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh, 21-16, 21-15.








