PETALING JAYA: Sebanyak 60 penerbangan bagi melaksanakan operasi pembenihan awan dilaksanakan di seluruh negara setakat Isnin lalu bagi menangani cuaca kering dan impak jerebu.
Setakat jam 6 petang semalam, Pasir Gudang, Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi apabila meningkat kepada 183, berbanding 181 tiga jam sebelumnya.
Kualiti udara di Lembah Klang turut merosot apabila Klang merekodkan bacaan 181, Johan Setia (177) dan Cheras (171).
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata pelaksanaan pembenihan awan bergantung kepada keperluan semasa dan kesesuaian keadaan atmosfera.








