JAKARTA: Polis antikeganasan Indonesia menahan 11 individu disyaki militan di enam wilayah, sekali gus membongkar rangkaian merekrut anggota dan latihan senjata secara dalam talian.

Penahanan tersebut bermula pada 2 Oktober dan dijalankan di Jawa Barat, Jawa Tengah, Sulawesi Tengah, Sulawesi Selatan, Riau dan Maluku Utara, menurut unti antikeganasan polis, Densus 88, dalam kenyataan semalam.

Bagaimanapun, Densus 88 tidak mendedahkan bukti mengenai sebarang rancangan serangan khusus, sebaliknya berkata suspek terbabit dalam pelbagai peringkat penyelarasan, pengambilan anggota dan latihan di beberapa wilayah.

Operasi secara serentak itu dijalankan ketika Asia Tenggara berdepan gelombang baharu ekstremisme dalam kalangan golongan muda.