KUALA LUMPUR: CelcomDigi Bhd memperkukuh kedudukannya dalam teknologi 5G susulan penyelesaian pembiayaan Digital Nasional Bhd (DNB) bernilai RM5.2 bilion, pemberian peruntukan spektrum 5G jangka panjang, serta kemajuan ke arah pemindahan pegangan saham Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MoF Inc) kepada pemegang saham pengendali rangkaian mudah alih (MNO).
Secara keseluruhan, perkembangan ini memberikan kepastian lebih tinggi dari segi kewangan, spektrum dan pemilikan, sekali gus membolehkan CelcomDigi memanfaatkan skala serta aset rangkaiannya yang luas untuk merealisasikan sinergi rangkaian dan kos, meningkatkan kecekapan ekonomi 5G serta menyediakan pengalaman 5G yang lebih baik kepada pengguna dan perusahaan.






