Manila/Seoul: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump serius untuk mengadakan dialog dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, kata Setiausaha Negara AS Marco Rubio pada Rabu, ketika timbul spekulasi mengenai kemungkinan pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu sempena lawatan Trump ke Asia, lapor Agensi Berita Yonhap.

Rubio membuat kenyataan itu kepada kumpulan media Rumah Putih yang mengiringi lawatan Trump di Manila apabila ditanya sama ada cadangan Trump untuk bertemu Kim adalah satu usul serius atau sekadar kemungkinan yang diutarakan.

"Ia serius kerana pada pandangan saya, Presiden tidak pernah menganggap pertemuan dan perbincangan dengan seseorang sebagai satu bentuk konsesi," kata beliau.