Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata, keputusan untuk membubarkan DUN diserahkan kepada pemimpin negeri masing-masing untuk menilai kesesuaian mengadakan pilihan raya. (Gambar Bernama)BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) tidak mahu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya di negeri lain meskipun mencatat momentum positif pada beberapa PRN termasuk di Melaka, Sabtu lepas.
Bagaimanapun, Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata, keputusan berhubung perkara itu diserahkan kepada pemimpin negeri masing-masing untuk menilai kesesuaian mengadakan pilihan raya.
“Kita baru saja selesai di Melaka. Jadi, kita tidak mahu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya di negeri-negeri lain.
“Saya serahkan kepada ketua menteri atau menteri besar di negeri masing-masing untuk melihat situasinya dan mempersembahkan serta memberikan nasihat kepada Tuanku serta Yang Dipertua Negeri jika perkara itu bersesuaian.









