Kuala Lumpur: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menghargai komitmen Barisan Nasional (BN) yang tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas komitmen gagasan berkenaan.

Katanya, komitmen itu bagaimanapun bukan baharu kerana memang sejak dari dahulu, BN tidak bertanding di negeri itu.

"Jadi kita menghargailah dan apa yang lebih penting ialah bagaimana kita mahu menentukan masa depan negara.