Seremban: Terdapat perubahan perkembangan dalam saman pemula difailkan 10 bekas EXCO Negeri Sembilan susulan penarikan balik surat dihantar kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyatakan sokongan kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Prosiding di hadapan Hakim Roz Mawar Rozain secara sidang video di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, yang sepatutnya mendengar bantahan awal pihak-pihak terbabit berhubung kaedah pemfailan saman pemula itu, ditangguhkan ke Rabu ini, bagi memberi laluan kepada rundingan penyelesaian secara baik.
Peguam plaintif, Datuk Hafarizam Harun memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat perkembangan baharu susulan surat bertarikh 10 November lalu, yang ditandatangani Menteri Besar Datuk Ismail Lasim bersama 10 bekas EXCO berkenaan, untuk menarik balik kandungan surat persembahan maklum kepada Raja-Raja Melayu bertarikh 17 September lalu.






