KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman pemula yang difailkan Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan dua anak lelakinya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saman pemula itu difailkan bersama dua peguam terhadap Anwar dan kerajaan berhubung siasatan berkaitan dakwaan penglibatan mereka dalam cubaan menggulingkan kerajaan.
Selain Na’imah, plaintif dalam saman pemula itu ialah dua anaknya, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin serta dua peguam keluarga iaitu Amir Zharif Abdullah dan Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Indra Nehru Savandiah selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi membuktikan sebarang dakwaan berniat jahat (mala fide) terhadap siasatan polis yang sedang dijalankan ke atas kesemua plaintif.









