KUALA LUMPUR: Kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang membenarkan Perikatan Nasional (PN) meneruskan aktiviti politiknya, termasuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.
Notis rayuan bertarikh hari ini difailkan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi pihak Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Kedua-dua mereka merayu terhadap keseluruhan keputusan yang disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizan Md Arshad, semalam.
Hakim berkenaan semalam membenarkan permohonan PN untuk menggantung pelaksanaan perintah pembatalan pendaftaran oleh RoS sementara menunggu penyelesaian semakan kehakiman yang difailkan parti itu.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F08%2Fa37058c3f4d98d64b755890e604b3290.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
