Perikatan Nasional (PN) dibatalkan pendaftarannya selepas JPPM meneliti keseluruhan dokumen dan representasi dikemukakan bagi menjawab notis terdahulu susulan aduan dikemukakan Bersatu. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) selepas mendapati penjelasan dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan dinyatakan notis terdahulu.
Keputusan JPPM dibuat mengikut subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) mengambil kira penelitian keseluruhan dokumen dan representasi dikemukakan PN, pada 12 Okt.
Katanya, notis bertarikh 22 Sept lalu dikeluarkan kepada PN di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 bagi memberi peluang kepada parti itu mengemukakan penjelasan dan representasi berhubung perkara dibangkitkan.






%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F04%2F3732ecc7cf3de40048b64c3fac4b77e8.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)