KOTA BHARU: Aktivis memperjuangkan isu berkaitan komuniti pelarian etnik Rohingya, perlu memahami undang-undang dan bidang kuasa agensi penguat kuasa sebelum mengambil tindakan sendiri.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata walaupun sesuatu tindakan itu didorong niat yang baik, kekurangan pemahaman undang-undang boleh menimbulkan masalah lain, termasuk apabila aktiviti yang dianjurkan menarik kehadiran orang ramai sehingga sukar dikawal.
"Niat dia (aktivis) mungkin betul tetapi sebenarnya isu kejahilan undang-undang itu sendiri. Kumpulan aktivis ini jahil undang-undang, mereka tidak faham undang-undang," katanya.
Beliau memberitahu sidang media selepas menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kontinjen Kelantan bagi Oktober 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.









