KUALA LUMPUR: Pengguna tren Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menikmati diskaun 30 peratus bagi semua tiket kelas ekonomi sepanjang bulan pertama operasinya, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, ECRL disasarkan mula beroperasi menjelang pertengahan Disember ini, dengan 12 Disember sebagai tarikh sasaran.

"Penjualan tiket dijangka dibuka tidak lama lagi sebelum pelancaran.

"Sempena pembukaan ECRL, diskaun 30 peratus akan diberikan kepada orang ramai bagi semua tiket kelas ekonomi selama sebulan bermula dari tarikh operasi," katanya selepas merasmikan Transport Expo Asia 2026.