SHAH ALAM: Penyanyi Aisha Retno mengalami kecederaan pada kaki kanan selepas terjatuh di rumah beberapa hari lalu, namun yakin sempat pulih sebelum pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) berlangsung.
Aisha atau nama penuhnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, berkata kecederaan itu tidak serius, tetapi kekurangan masa untuk berehat dan mendapatkan pemulihan mencukupi menyebabkan kesakitan masih dirasai ketika berjalan.
"Kaki saya tiada apa yang serius. Mungkin apabila saya berjalan, ia nampak serius, tetapi saya hanya terjatuh dan mungkin disebabkan tiada masa mencukupi untuk pulih, keadaan itu menjadi sedikit teruk.
"Bagaimanapun, setakat ini keadaan saya okey dan saya berada dalam jagaan yang baik.








