KUALA LUMPUR: Penyedia penyelesaian kejuruteraan infrastruktur kuasa, SKA Capital Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM72.3 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) pada harga 43 sen sesaham, membabitkan terbitan awam 168.08 juta saham baharu.
Berdasarkan harga terbitan itu, syarikat berkenaan dijangka mempunyai permodalan pasaran indikatif sebanyak RM385.1 juta selepas disenaraikan, berdasarkan modal saham terbitan diperbesarkan sebanyak 895.5 juta saham.
IPO itu turut merangkumi tawaran untuk jualan sebanyak 72.4 juta saham sedia ada, mewakili kira-kira 8.1 peratus daripada jumlah saham diperbesarkan, menerusi penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.
Baki 2.41 juta saham baharu akan ditawarkan menerusi penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.







