Kuala Lumpur: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka dapat mempercepat pemetaan dasar laut menerusi perolehan dua kapal hidrografi baharu jenis Survey Motor Launch (SML), yang diluluskan di bawah Belanjawan 2027.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain berkata perolehan itu diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), namun proses untuk mendapatkan kapal berkenaan masih belum dimulakan.

Beliau berkata penambahan aset hidografi itu penting, bagi meningkatkan keupayaan pemetaan dasar laut, yang menjadi asas kepada penyelidikan saintifik, pembangunan dan keselamatan negara.

"Buat masa ini kita ada satu sahaja kapal hidrografi untuk membuat pemetaan. Jadi, untuk meliputi seluruh perairan Malaysia agak sukar.