Seremban: Seorang wanita yang sarat hamil lapan bulan dan mengidam untuk menaiki kereta peronda polis 'tersenyum lebar' selepas impian berkenaan tercapai, 16 Oktober lalu.
Impian Nurul Asyira Zakaria, 23, yang mengidam untuk menaiki kereta peronda polis sejak usia kandungannya empat bulan tercapai apabila dibenarkan menaiki kenderaan berkenaan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban, di sini.
Suaminya, Huzairi Mohd Tozamri, 31, berkata, pada mulanya, dia buntu memikirkan cara untuk memenuhi keinginan isterinya kerana segan untuk menyuarakan hasrat berkenaan.
"Ia bukan perkara biasa yang wanita hamil mahukan. Bagaimanapun, mengenangkan isteri dijangka bersalin dalam masa terdekat, saya akhirnya memberanikan diri pergi IPD Seremban pada 16 Oktober lalu.









