SEREMBAN: Seorang wanita yang sarat hamil lapan bulan mengukir senyuman lebar apabila hajatnya yang mengidam menaiki kereta peronda polis akhirnya menjadi kenyataan.

Nurul Asyira Zakaria, 23, yang mengidam peluang menaiki kereta peronda polis sejak usia kandungannya empat bulan, tercapai apabila dibenarkan menaiki kenderaan itu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban, di sini pada 16 Oktober lalu

Suaminya, Huzairi Mohd Tozamri, 31, berkata pada mulanya, dia buntu memikirkan cara memenuhi keinginan isterinya kerana segan menyuarakan hasrat berkenaan.

@thoisyira Akhirnya dapat jugak naik kete polis. Thank you abang polis