KULIM: Seorang janda dicekup khalwat dengan seorang lelaki bukan Islam berstatus suami orang di sebuah bilik hotel di Padang Serai, di sini, hari ini.
Wanita berusia 42 tahun itu memberi alasan datang dari Terengganu ke daerah ini kerana mempunyai urusan bank, sebaliknya bertemu lelaki berkenaan.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad, berkata tangkapan dilakukan jam 7.30 pagi tadi ketika pasangan terbabit berada dalam sebuah bilik hotel tingkat atas.
Soal siasat mendapati lelaki berusia 24 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak serta berasal dari Padang Serai.









