Kuala Lumpur: Usahawan fesyen, Christy Ng kesal dengan pemilik akaun media sosial, J Vikneshvra Rau yang memberi alasan ketiadaan kenderaan dan wang dalam simpanan hanya berbaki RM1 sebagai alasan untuk tidak hadir ke prosiding mahkamah semalam.
Pempengaruh media sosial terkenal itu berkata, individu terbabit sepatutnya hadir ke Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, berhubung pendengaran permohonan komital kerana didakwa gagal mematuhi perintah mahkamah supaya menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada pihaknya dalam akhbar.
Menurutnya, sebelum hari pendengaran, pihaknya sudah membuat panggilan, menghantar e-mel dan pesanan ringkas kepada lelaki berkenaan.
"Individu terbabit bagaimanapun menghubungi peguam kami pada pagi semalam memaklumkan baki akaun banknya kurang daripada RM1, selain tidak mempunyai kereta atau kenderaan untuk ke mahkamah, tetapi tiba-tiba ada kereta pula.










