Tel Aviv: Polis Israel pada Isnin memaklumkan menahan 10 suspek bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan di Tebing Barat yang diduduki pada hujung minggu lalu termasuk dua serangan berasingan terhadap jurugambar The Washington Post dan diplomat Eropah.
Amerika Syarikat (AS), sekutu rapat Israel sebelum ini mendesak tindakan tegas terhadap keganasan pendatang haram Israel serta penahanan pihak yang menyerang jurugambar The Washington Post itu.
Perancis, Belgium dan Poland yang diplomatnya turut menjadi sasaran serangan itu juga menggesa Israel mengambil tindakan.
Menurut polis, semua suspek ditahan dalam operasi sebelum subuh kerana dipercayai terbabit dalam perbuatan keganasan, melanggar perintah kawasan ketenteraan tertutup dan melakukan pembinaan haram.









