Kuala Lumpur: Orang ramai menyambut baik program pemulihan dan tindakan penguatkuasaan seperti saman dan penyitaan kenderaan kepada pesalah jalan raya tegar yang dicadangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, semalam.

Tinjauan Harian Metro di ibu kota mendapati majoriti pengguna jalan raya gembira dan bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Pengurus pasukan e-sukan, Muhammad Akbar Firdaus Norhaizam, 22, berkata, program seperti itu dapat mengurangkan lagi aktiviti lumba haram serta merempit.

"Sekarang, kalau mereka kena tangkap akibat lumba haram, esok lusa mereka akan tetap berlumba semula.