Shah Alam: Pelakon, Fattah Amin meluahkan rasa gembira apabila melihat hubungan dan kemesraan yang semakin erat antara anaknya, Nur Fatima Aisya bersama adiknya, Muhammad Jarir Umar.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkongsi perkembangan terkini anak bongsunya yang kini hampir memasuki usia empat bulan.

"Alhamdulillah Jarir sudah pandai meniarap sikit-sikit. Sebelum ini dia terlentang sahaja dan tangannya pun semakin kuat. Selain itu, kami berdualah yang sibuk melayani Fatima dan Jarir," katanya.

Menurut pelakon drama Andai Masih Ada Maaf itu, Fatima kerap bermain bersama adiknya setiap kali berkunjung ke rumah.