SHAH ALAM – Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa gembira melihat keakraban puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya yang sentiasa teruja melayani adiknya, Muhammad Jarir Umar dengan penuh kasih sayang.

Menurut Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 36, hubungan dua beradik itu semakin hari semakin erat, malah Fatima kini sudah mula memahami peranannya sebagai seorang kakak.

“Setiap kali Fatima datang, nampak hubungan (bonding) mereka makin erat, alhamdulillah. Malah sewaktu sesi siaran langsung baru-baru ini, dia begitu teruja sehingga bertanya kepada saya sama ada boleh membawa adiknya masuk ketika bersiaran langsung dalam TikTok.

“Tetapi saya jelaskan belum masanya lagi kerana adik masih kecil. Insya-Allah suatu hari nanti bila adik sudah besar sedikit, kami akan kongsikan (wajahnya).