PETALING JAYA – Perdagangan dua hala Malaysia dan Switzerland mencatatkan nilai RM13.4 bilion pada tahun lalu, meningkat 9.8 peratus berbanding tempoh sebelumnya.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, hubungan ekonomi kedua-dua negara terus berkembang, sekali gus membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor pembuatan termaju, kejuruteraan berketepatan tinggi dan teknologi perubatan.
Beliau berkata, setakat Jun 2026, sebanyak 211 projek pembuatan dengan penyertaan Switzerland telah dilaksanakan di Malaysia, melibatkan pelaburan bernilai RM12.8 bilion dan mewujudkan 19,










