PETALING JAYA – “Mengapa memilih untuk memohon masuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) buat anak-anak?”

Itu persoalan yang diajukan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kepada ibu bapa sebelum mengundang pelbagai respons mengenai kepercayaan mereka terhadap sistem pendidikan institusi berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook, Asyraf Wajdi meminta ibu bapa berkongsi di ruangan komen sebab mereka memilih untuk memohon kemasukan anak ke MRSM.

Antara perkara yang mendapat perhatian ibu bapa ialah keyakinan terhadap sistem pendidikan MRSM yang bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik, malah turut memberi perhatian kepada aspek agama dan pembentukan peribadi pelajar.