essabuyamin@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ibu negara lengang pagi ini susulan arahan penutupan sekolah akibat ancaman jerebu yang semakin memburuk.

Tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Perdana, SMK Padang Tembak dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar hari ini mendapati tiada sebarang aktiviti persekolahan bersemuka dijalankan dengan sesi pembelajaran dialih sepenuhnya secara dalam talian.

Bagaimanapun, tinjauan di asrama SMK Seri Titiwangsa menunjukkan situasi sibuk di hadapan pintu pagar utama apabila sebahagian ibu bapa menunggu untuk mengambil anak masing-masing bagi dibawa pulang.

Pekerja swasta, Megat Zaim Safwan, 38, berkata, dia menerima makluman daripada pihak pengurusan sekolah malam tadi berhubung kebenaran untuk membawa pulang pelajar asrama bermula pagi ini susulan penutupan sekolah.