Reach mengalu-alukan peluasan pelepasan cukai bagi perbelanjaan penjagaan ibu bapa dan datuk nenek supaya tidak terhad kepada kos kesihatan sahaja. (Gambar Freepik)MUGHSOT: Iskandar Samad.

PETALING JAYA: Kerajaan dicadang memberi pelepasan cukai pendapatan kepada anak-anak yang menanggung bayaran sewa atau ansuran pinjaman perumahan ibu bapa bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Penyelaras Pusat Sumber untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (Reach), Iskandar Samad, berkata cadangan itu selaras usaha kerajaan memperkukuh kebajikan warga emas susulan pengumuman Belanjawan 2027.

Katanya, Reach mengalu-alukan peluasan pelepasan cukai bagi perbelanjaan penjagaan ibu bapa dan datuk nenek supaya tidak terhad kepada kos kesihatan sahaja.