Tangkap layar video tular insiden dikatakan polis berbalas tembakan dengan penjenayah di Tawau.PETALING JAYA: Suspek kes samun bersenjata bertindak agresif dan cuba menyerang anggota polis dalam operasi di Kampung Titingan, Tawau, Jumaat lalu menyebabkan tembakan amaran terpaksa dilepaskan.
Ketua Polis Tawau, Rosdi Mat Jusoh, berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau bersama Strike Team Balai Polis Tawau dan Pondok Polis Kawasan (PPK) Titingan menjalankan operasi di perkampungan air berkenaan.
Katanya, operasi bertujuan mengesan suspek kes samun bersenjata dan cubaan merogol seorang wanita warga asing berusia 18 tahun berlaku kira-kira jam 3.50 pagi, hari sama.







