KUANTAN: Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) didakwa mula tercetus akibat persaingan kuasa dan isu tadbir urus dalaman gabungan itu sendiri.
Timbalan Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Datuk Jasri Jamaludin berkata, tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan pendaftaran PN susulan isu tadbir urus dalaman termasuk gagal melibatkan Bersatu dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 16 Julai, merupakan tamparan hebat kepada gabungan itu.
“Perkembangan terbaharu membabitkan PN menimbulkan persoalan besar, adakah Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Pas, dalam keghairahan merebut kuasa dan pengaruh, akhirnya menyumbang kepada kehancuran gabungan yang mereka sendiri mahu kuasai?









