ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) boleh menggunakan logo PAS sebagai alternatif untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penggunaan logo PAS tidak menjadi masalah kerana lambang parti itu sudah dikenali dalam kalangan pengundi.
Beliau berkata demikian mengulas keputusan RoS membatalkan pendaftaran PN serta kesannya terhadap penggunaan logo gabungan itu pada PRN Melaka.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat menyifatkan keputusan RoS itu menimbulkan persoalan mengenai amalan demokrasi di negara ini.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fakmal_793074.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)