KUALA LUMPUR: Skuad berbasikal para negara terus mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menghadiahkan dua pingat perak dan satu gangsa di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.
Mengetuai cabaran negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin yang merangkul pingat kedua peribadi pada temasya itu selepas memenangi perak dalam acara akhir ujian masa 1,000 meter (m) lelaki kategori C1-C3 dengan catatan masa 1 minit 7.158 saat (s) dalam perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu.
Pencapaian itu menyaksikan Yusof menaiki podium untuk hari kedua berturut-turut selepas meraih pingat gangsa dalam acara kejar-mengejar individu 3,000m lelaki kategori C1-C2, semalam.
Pelumba China, Liang Weicong meraih pingat emas dengan catatan masa 1:06.156s, manakala pelumba Jepun, Shota Kawamoto membawa pulang gangsa selepas mencatat masa 1:07.747s.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGreenpeaceIndonesiaprotest1asd2ads1_733522.png&w=480&output=webp&q=85&we)