KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan terlalu awal untuk mengulas isu pembatalan pendaftaran Perikatan nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Beliau berkata, ia mengambil kira kenyataan dibuat PN yang mana gabungan itu menyatakan hasrat untuk mengemukakan rayuan.

Selain itu, tegas beliau sebarang isu berkaitan status pembatalan pendaftaran PN berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri dan RoS.

"Saya rasa biarlah mereka kerana sekarang mereka mahu mengemukakan rayuan... saya tidak akan memberikan respons.