Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan sebarang isu berkaitan status pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri dan RoS.

Katanya, terlalu awal untuk mengulas mengenai isu berkenaan memandangkan PN berhasrat untuk mengemukakan rayuan.

"Saya rasa biarlah mereka kerana sekarang mereka mahu mengemukakan rayuan? Saya tidak akan memberikan respons.

"Keadaan ini boleh dikatakan masih terlalu awal untuk diulas," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Penataran Literasi Akta Antibuli 2026 di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Lembah Pantai, di sini, hari ini.