London: Pelumba Pramac Racing, Toprak Razgatlioglu terpaksa melupakan baki saingan musim MotoGP selepas mengalami kecederaan bahu, menurut kenyataan pasukan itu.
Razgatlioglu mengalami kecederaan bahu selepas terbabit dalam kemalangan ketika sesi latihan Grand Prix (GP) Indonesia bulan ini, namun tetap meneruskan perlumbaan pecut dan perlumbaan utama.
"Selepas menjalani pemeriksaan perubatan lanjut susulan kemalangan di Mandalika, jelas bahawa kecederaan bahu saya lebih serius daripada yang kami sangkakan pada awalnya," kata Razgatlioglu menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial.
"Justeru, saya akan menjalani pembedahan dalam beberapa hari lagi bagi memastikan peluang terbaik untuk pulih sepenuhnya dan kembali beraksi pada tahap 100 peratus," katanya.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGreenpeaceIndonesiaprotest1asd2ads1_733522.png&w=480&output=webp&q=85&we)
