KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memberi tumpuan kepada usaha menarik lebih banyak syarikat penerbangan dan memperluas kapasiti lapangan terbang bagi menyokong pertumbuhan trafik pada masa hadapan serta menjana manfaat ekonomi yang lebih meluas.
Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Izani Ghani, berkata, dari segi pertumbuhan, syarikat perlu memastikan pengembangannya berterusan dengan membawa masuk lebih banyak syarikat penerbangan ke negara ini.
"Kita perlu mewujudkan peluang dari segi pelancongan dan aktiviti ekonomi supaya rakyat Malaysia dapat menikmati manfaat daripadanya," katanya dalam temu bual bersama Bernama Mobile Service bersempena dengan Transport Expo Asia 2026 (TXA 2026).









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGreenpeaceIndonesiaprotest1asd2ads1_733522.png&w=480&output=webp&q=85&we)